Aku Kaki Travel - Backpacker itu style aku!!

Thursday 10 August 2017

AKU DI SEOUL, SOUTH KOREA PART 2

Kembali lagi di - Aku di Seoul, South Korea Part 2,


Disebabkan masa free aku sangat terhad, jadi aku memerlukan masa yang lapang untuk meng-update Vun Kaki Travel di Korea Selatan. Jom aku bawa anda semua ke Seoul sekali lagi.. 




Day 2 (Nami Island & Petite France)


Memulakan hari kedua di Seoul dengan suhu sekitar 2 celcius, secara jujurnya hari pertama aku di Myeongil agak mencabar sebab suhu yang sangat sejuk. Aku bangun seawal 6.30 pagi dan bersiap ke subway untuk menuju ke destinasi pertama iaitu NAMI ISLAND!! Memandangkan aku berada di rumah host family, aku kena memastikan keadaan bilik aku sentiasa terurus rapi dan tersusun. Kita membawa IMEJ MALAYSIA! Sila jaga kebersihan di rumah orang ye.. Hihihihi.. Jom gerak!!


Awal pagi aku berselfie dengan bus di Seoul.. Sejuk gilak!!

Cara untuk sampai ke destinasi dengan selamat dan berjayanya - Jalan Kaki, Subway & Maps Subway, pastu sila biasakan diri untuk menanya direction! Aku berjalan kaki dari Apartment ke Godeok station sejauh 1KM. Sebenarnya aku sesat, plan asal aku mahu pergi Myeongil Station, tapi tidak pasti bagaimana aku boleh terpergi di station lain.. Esh3!! Sampai di subway station, sila check betul2 destination dan laluan subway tersebut untuk mengelakkan korg sesat sepanjang masa!! **Aku selalu sesat di Subway**


Dalam subway pun mau ber-selfie. Biasalah budak kampung cm aku kan! Hahahhahaha


**Take train to Gunja Station from Godeok Station (Line 5)

**Transfer to Line 7 arah Jangnam and take train to Sangbong Station

**Transfer to Line Kyungchan arah chuncheon and take train to Gapyeong Station 


Senang kan? Kalau korg terer naik LRT, MRT dan Monorel KL kira korg akan senang memahami sistem Subway di Seoul! Tidak payah panic! Enjoy your new experience okey!! Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam (termasuk masa aku sesat dalam subway sebab nak cari platform kan!!) Cost??? Aku lupa sebab aku guna touch & go! Jadi tidak perasan cost yang dikenakan! Hahahahaha.. 


Akhirnya aku sampai di Gapyeong Station. Seperti biasa aku akan mencari tourist information counter untuk mendapat sebanyak maklumat yang boleh!! (PERINGATAN!! SILA JAGA BARANGAN PERIBADI ANDA)!! Aku kehilangan T-Money aku (touch & go) yang masih mempunyai baki dalam 12,000 Won! Nak menyesal pun tiada guna k! Salah sendiri!! Sedih3.. 


I'm here.. Gapyeong Station.

Untuk sampai ke Nami Island, aku menggunakan Shutter Bus dengan harga 6,000 Won (1 day pass). Maksudnya aku akan gunakan shutter bus ini daripada 1st destination to the last destination for whole day! Kiranya murah la sebab travel sendiri, kalau korg ramai naik jak la Taxi boleh kongsi tambang! Jom kita gerak ke Nami Island! 


Hi semua, jom selfie sebelum naik shutter bus ke Nami Island!!

Ticket Boat ke Nami Island ialah 8,000 Won. Tidak payah cerita banyak, jom tengok picture aku di sekitar Nami Island! Biar picture berkata-kata!


Selepas beli ticket boat, terus selfie dengan pekerja sana. 


Immigration to Nami Island! Hamboi!! Comel jak Immigration ini! 

On board! Jom pigi Nami Island..

Sekejap jak sampai di Nami Island. Setibanya aku di Nami Island, terus aku teringat cerita Winter Sonata dulu2.. Dalam hati, tidak sangka aku boleh sampai disini. 


Berhampiran dengan entrance masuk Nami Island!


Apa khabar?? - Malaysia baitu!


Siapa peminat cerita ini?? Winter Sonata! Aku layan kot.. 


Kesejukkan punya pasal, masa untuk memanaskan badan! 


Setelah penat berjalan, aku pun singgah la makan di restaurant Asia food - tatap aku mencari nasi bah disana. Tapi ada extra menu la, kimchi!! Yummy!! Kesedapan aku makan kimchi disana. Bayaran lunch aku dalam 15,000 Won. Sorry aku tidak bergambar di kedai makan, tapi aku ada buat live di Facebook. Kalau rajin korg selongkar la FB aku!! 


Lepas makan, meneruskan sesi bergambar.

View sekitar Nami Island, semua pokok tidak berdaun! Cet!!

Ingat tak lokasi ini?? Location shooting Winter Sonata. Beza tiada salji jak!



Again, pokok tidak berdaun! 

Selesai meronda di sekitar Nami Island, masa untuk aku bergerak ke destinasi seterusnya. Sampai kita ketemu lagi Nami Island! Maybe musim bunga.. 


Bye2 Nami Island!! See you again..


Orang itu cakap mau berselfie sama aku.. Layankan jak la..


Akhirnya sudah sampai di seberang! 


Bikin panas! Aku baru perasan ada flying fox (Zip Line) pergi Nami Island! Menyesal!!


Destinasi seterusnya ialah Petite House! Bayaran masuk ke Petite France ialah 8,000 Won. Sebelum aku masuk disana, terpaksa singgah di kedai serbaneka untuk membeli flu medicine sebab badan tidak berapa sihat! Sejuk kan, terkejut badan aku! Hahahhahaha.. Sambil makan ubat, sambil aku layan cafe latte supaya badan terasa hangat sambil2 aku tengok la pemandangan pokok2 yang tidak berdaun! krik3.. Bah, aku malas mau cerita panjang, korg tengok jak la picture aku di Petite House ini. Maklumlah solo travel, semua kena buat sendiri termasuk bergambar! 


Merokok dulu selepas makan ubat! Esh3..


Petite France ada d belakang aku jak!


Jom kita masuk Petite France, aku sebenarnya suka tengok reka bentuk bangunan. Sebab itu tarikan utama untuk aku masuk biarpun ada kawan2 yang cakap Petite France biasa2 saja. Lain orang lain citarasa kan! Jangan dengar cakap orang! Hahahhahaha..


Layan Caffe Latte lagi.. 


Sambil layan pemandangan indah disana.. Picture ini aku snap sendiri..


Sekitar Petite France.. Warna warni sangat!



Waktu untuk berehat!

Pintu depan Petite France! Wajib bergambar..


Always selfie! Suka view ini.. Macam di Europe kan! Hahahaha

Bau juga ketiak kau ni!! Argghhhhh..


Rest time & enjoy the nature! Cewahhhh



Selepas hampir 2 jam aku berada di Petite House, aku terus naik bus dan menuju ke CheongPyeong Station, aku skip 1 tempat sebab kononnya aku mahu kejar masa mau pigi Namsan Tower! Punya la aku excited.. Korg nantikan apa yang berlaku selepas aku berada di Myeong-dong! Bertabiat betul aku.. 


Menunggu shutter bus mau pigi train station


**Take train to Cheongnyanni Station from CheongPyeong Station

**Transfer to Line 1 arah Guro and take train to Dongdaemun Station

**Transfer to Line 4 arah Oido and take train to Myeongdong Station 


Maka, dengan semangat yang berkobar-kobar, aku pun dengan confident-nya cakap mau dekat sudah itu Namsan Tower, Sekali aku keluar jak exit, terus aku tengok itu menara, dalam hati aku bercakap: "macam jauh!!" Bermulalah misi hiking menuju ke Namsan Tower. Semangat tinggi aku TIDAK BOLEH PAKAI LANGSUNG sebab belum half way perjalanan aku sudah kepenatan sebab mendaki! Ngam2 sampai di Cable Car Station, aku terus berhenti. Ikutkan hati mau jak aku naik itu Cable Car, tapi disebabkan aku mau berjimat cermat, aku terus lupakan niat itu dan mengambil keputusan untuk turun semula ke Myeongdong dan plan untuk datang pada hari yang lain. 


Hanya mampu ambil gambar dari jauh (Namsan Tower)

Bye2 Namsan Tower! Nanti aku datang semula k. Sebelum aku balik rumah host aku di Myeongil, aku singgah makan dulu di area subway. Menu dinner aku ialah Tteokbokki (3,000 Won), Sushi (1,500 Won) & Cafe Latte (1,200 Won).


My dinner Sushi & Tteokbokki


JUMLAH PERBELANJAAN HARI KE-2 


Breakfast (Cafe Latte) - RM 7.60 (2,000 Won) 

Replace T-Money - RM 38.00 (10,000 Won)

Shutter Bus - RM 22.90 (6,000 Won) 

Fee Entrance Nami Island - RM 30.50 (8,000 Won) 

Fee Entrance Petite House - RM 30.50 (8,000 Won) 

Medicine - RM 11.50 (3,000 Won) 

Lunch - RM 57.00 (15,000 Won) 

Dinner - RM 21.70 (5,700 Won)


Total Day 2 - RM 219.70 (Anggaran kasar)


Selesai sudah hari kedua aku di Seoul, South Korea! Tidur dulu k! Bisuk mau travel di tempat lain lak! Nantikan sambungan Aku di Seoul, South Korea Part 3 k.. See you soon!