Aku Kaki Travel - Backpacker itu style aku!!

Thursday 10 August 2017

AKU DI SEOUL, SOUTH KOREA PART 2

Kembali lagi di - Aku di Seoul, South Korea Part 2,


Disebabkan masa free aku sangat terhad, jadi aku memerlukan masa yang lapang untuk meng-update Vun Kaki Travel di Korea Selatan. Jom aku bawa anda semua ke Seoul sekali lagi.. 




Day 2 (Nami Island & Petite France)


Memulakan hari kedua di Seoul dengan suhu sekitar 2 celcius, secara jujurnya hari pertama aku di Myeongil agak mencabar sebab suhu yang sangat sejuk. Aku bangun seawal 6.30 pagi dan bersiap ke subway untuk menuju ke destinasi pertama iaitu NAMI ISLAND!! Memandangkan aku berada di rumah host family, aku kena memastikan keadaan bilik aku sentiasa terurus rapi dan tersusun. Kita membawa IMEJ MALAYSIA! Sila jaga kebersihan di rumah orang ye.. Hihihihi.. Jom gerak!!


Awal pagi aku berselfie dengan bus di Seoul.. Sejuk gilak!!

Cara untuk sampai ke destinasi dengan selamat dan berjayanya - Jalan Kaki, Subway & Maps Subway, pastu sila biasakan diri untuk menanya direction! Aku berjalan kaki dari Apartment ke Godeok station sejauh 1KM. Sebenarnya aku sesat, plan asal aku mahu pergi Myeongil Station, tapi tidak pasti bagaimana aku boleh terpergi di station lain.. Esh3!! Sampai di subway station, sila check betul2 destination dan laluan subway tersebut untuk mengelakkan korg sesat sepanjang masa!! **Aku selalu sesat di Subway**


Dalam subway pun mau ber-selfie. Biasalah budak kampung cm aku kan! Hahahhahaha


**Take train to Gunja Station from Godeok Station (Line 5)

**Transfer to Line 7 arah Jangnam and take train to Sangbong Station

**Transfer to Line Kyungchan arah chuncheon and take train to Gapyeong Station 


Senang kan? Kalau korg terer naik LRT, MRT dan Monorel KL kira korg akan senang memahami sistem Subway di Seoul! Tidak payah panic! Enjoy your new experience okey!! Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam (termasuk masa aku sesat dalam subway sebab nak cari platform kan!!) Cost??? Aku lupa sebab aku guna touch & go! Jadi tidak perasan cost yang dikenakan! Hahahahaha.. 


Akhirnya aku sampai di Gapyeong Station. Seperti biasa aku akan mencari tourist information counter untuk mendapat sebanyak maklumat yang boleh!! (PERINGATAN!! SILA JAGA BARANGAN PERIBADI ANDA)!! Aku kehilangan T-Money aku (touch & go) yang masih mempunyai baki dalam 12,000 Won! Nak menyesal pun tiada guna k! Salah sendiri!! Sedih3.. 


I'm here.. Gapyeong Station.

Untuk sampai ke Nami Island, aku menggunakan Shutter Bus dengan harga 6,000 Won (1 day pass). Maksudnya aku akan gunakan shutter bus ini daripada 1st destination to the last destination for whole day! Kiranya murah la sebab travel sendiri, kalau korg ramai naik jak la Taxi boleh kongsi tambang! Jom kita gerak ke Nami Island! 


Hi semua, jom selfie sebelum naik shutter bus ke Nami Island!!

Ticket Boat ke Nami Island ialah 8,000 Won. Tidak payah cerita banyak, jom tengok picture aku di sekitar Nami Island! Biar picture berkata-kata!


Selepas beli ticket boat, terus selfie dengan pekerja sana. 


Immigration to Nami Island! Hamboi!! Comel jak Immigration ini! 

On board! Jom pigi Nami Island..

Sekejap jak sampai di Nami Island. Setibanya aku di Nami Island, terus aku teringat cerita Winter Sonata dulu2.. Dalam hati, tidak sangka aku boleh sampai disini. 


Berhampiran dengan entrance masuk Nami Island!


Apa khabar?? - Malaysia baitu!


Siapa peminat cerita ini?? Winter Sonata! Aku layan kot.. 


Kesejukkan punya pasal, masa untuk memanaskan badan! 


Setelah penat berjalan, aku pun singgah la makan di restaurant Asia food - tatap aku mencari nasi bah disana. Tapi ada extra menu la, kimchi!! Yummy!! Kesedapan aku makan kimchi disana. Bayaran lunch aku dalam 15,000 Won. Sorry aku tidak bergambar di kedai makan, tapi aku ada buat live di Facebook. Kalau rajin korg selongkar la FB aku!! 


Lepas makan, meneruskan sesi bergambar.

View sekitar Nami Island, semua pokok tidak berdaun! Cet!!

Ingat tak lokasi ini?? Location shooting Winter Sonata. Beza tiada salji jak!



Again, pokok tidak berdaun! 

Selesai meronda di sekitar Nami Island, masa untuk aku bergerak ke destinasi seterusnya. Sampai kita ketemu lagi Nami Island! Maybe musim bunga.. 


Bye2 Nami Island!! See you again..


Orang itu cakap mau berselfie sama aku.. Layankan jak la..


Akhirnya sudah sampai di seberang! 


Bikin panas! Aku baru perasan ada flying fox (Zip Line) pergi Nami Island! Menyesal!!


Destinasi seterusnya ialah Petite House! Bayaran masuk ke Petite France ialah 8,000 Won. Sebelum aku masuk disana, terpaksa singgah di kedai serbaneka untuk membeli flu medicine sebab badan tidak berapa sihat! Sejuk kan, terkejut badan aku! Hahahhahaha.. Sambil makan ubat, sambil aku layan cafe latte supaya badan terasa hangat sambil2 aku tengok la pemandangan pokok2 yang tidak berdaun! krik3.. Bah, aku malas mau cerita panjang, korg tengok jak la picture aku di Petite House ini. Maklumlah solo travel, semua kena buat sendiri termasuk bergambar! 


Merokok dulu selepas makan ubat! Esh3..


Petite France ada d belakang aku jak!


Jom kita masuk Petite France, aku sebenarnya suka tengok reka bentuk bangunan. Sebab itu tarikan utama untuk aku masuk biarpun ada kawan2 yang cakap Petite France biasa2 saja. Lain orang lain citarasa kan! Jangan dengar cakap orang! Hahahhahaha..


Layan Caffe Latte lagi.. 


Sambil layan pemandangan indah disana.. Picture ini aku snap sendiri..


Sekitar Petite France.. Warna warni sangat!



Waktu untuk berehat!

Pintu depan Petite France! Wajib bergambar..


Always selfie! Suka view ini.. Macam di Europe kan! Hahahaha

Bau juga ketiak kau ni!! Argghhhhh..


Rest time & enjoy the nature! Cewahhhh



Selepas hampir 2 jam aku berada di Petite House, aku terus naik bus dan menuju ke CheongPyeong Station, aku skip 1 tempat sebab kononnya aku mahu kejar masa mau pigi Namsan Tower! Punya la aku excited.. Korg nantikan apa yang berlaku selepas aku berada di Myeong-dong! Bertabiat betul aku.. 


Menunggu shutter bus mau pigi train station


**Take train to Cheongnyanni Station from CheongPyeong Station

**Transfer to Line 1 arah Guro and take train to Dongdaemun Station

**Transfer to Line 4 arah Oido and take train to Myeongdong Station 


Maka, dengan semangat yang berkobar-kobar, aku pun dengan confident-nya cakap mau dekat sudah itu Namsan Tower, Sekali aku keluar jak exit, terus aku tengok itu menara, dalam hati aku bercakap: "macam jauh!!" Bermulalah misi hiking menuju ke Namsan Tower. Semangat tinggi aku TIDAK BOLEH PAKAI LANGSUNG sebab belum half way perjalanan aku sudah kepenatan sebab mendaki! Ngam2 sampai di Cable Car Station, aku terus berhenti. Ikutkan hati mau jak aku naik itu Cable Car, tapi disebabkan aku mau berjimat cermat, aku terus lupakan niat itu dan mengambil keputusan untuk turun semula ke Myeongdong dan plan untuk datang pada hari yang lain. 


Hanya mampu ambil gambar dari jauh (Namsan Tower)

Bye2 Namsan Tower! Nanti aku datang semula k. Sebelum aku balik rumah host aku di Myeongil, aku singgah makan dulu di area subway. Menu dinner aku ialah Tteokbokki (3,000 Won), Sushi (1,500 Won) & Cafe Latte (1,200 Won).


My dinner Sushi & Tteokbokki


JUMLAH PERBELANJAAN HARI KE-2 


Breakfast (Cafe Latte) - RM 7.60 (2,000 Won) 

Replace T-Money - RM 38.00 (10,000 Won)

Shutter Bus - RM 22.90 (6,000 Won) 

Fee Entrance Nami Island - RM 30.50 (8,000 Won) 

Fee Entrance Petite House - RM 30.50 (8,000 Won) 

Medicine - RM 11.50 (3,000 Won) 

Lunch - RM 57.00 (15,000 Won) 

Dinner - RM 21.70 (5,700 Won)


Total Day 2 - RM 219.70 (Anggaran kasar)


Selesai sudah hari kedua aku di Seoul, South Korea! Tidur dulu k! Bisuk mau travel di tempat lain lak! Nantikan sambungan Aku di Seoul, South Korea Part 3 k.. See you soon! 






Monday 3 July 2017

AKU DI SEOUL, SOUTH KOREA PART 1

Welcome back Vun..

Selepas hampir 5 bulan berlalu, akhirnya ada masa terluang untuk aku share pengalaman aku di Seoul, Korea ini.. Untuk makluman semua, kalau aku travel, maka blog ini kena update, kalau tidak travel, maka senyaplah blog ini. Harap tidak bangas (basi) la Vun Kaki Travel ke Seoul, South Korea ini..

Pada bulan January 2017 aku memulakan tahun baru dengan menjejak kaki di Negara yang terkenal dengan drama, movie mahupun kumpulan penyanyinya. tak lain tak bukan Negara Korea Selatan. 안녕하세요 (annyeonghaseyo).


Korea Won

Berikut merupakan jadual aku di Seoul, South Korea 

04/01/2017 
- Bertolak ke Seoul, South Korea, Myeongil (Coachsurfing)

05/01/2017
- Nami Island, Petite France

06/01/2017
- Everland, Jamsil & Seoul Hard Rock Cafe

07/01/2017
- Olympic Park, SM Town, Itaewon & Namsan Tower

08/01/2017
- Gyeongbukgung Palace, Bukchon Hanok Village, Cheonggyecheon Stream, Myeong Dong Street

09/01/2017
- Garosu-Gil Street, Gangnam, Namdaemum Market & Hongdae

10/01/2017
- Back to Malaysia & 안녕 한국 (annyeong Hangug - Bye Korea)

Sebelum aku membawa anda semua ke Seoul, semestinya aku nak share mengenai cost yang aku kena sediakan sebelum penerbangan ke sana. 

1. Flight ticket 
- RM 1,250.00 (termasuk makan/minum, luggage 20kg). Maybe mahal sebab aku tak pergi sana masa promo.

2. Penginapan 
- 04/01/17 - 06/01/17 (FOC - Free Of Charge) sebab aku ada host yang menerima aku stay sekali dengan mereka disana. melalui Coachsurfing (akan aku ceritakan kemudian)
- 07/01/17 - 10/01/17, stay di SP@Itaewon Guesthouse dengan bayaran 30,000 Won = RM 120.00

3. Pengangkutan
- Aku menggunakan Subway dan bus sepanjang perjalanan aku di Seoul. Aku tidak menggunakan travel agent. Mana best kan kalau guna travel agent, tidak mencabar la. (Masa inilah aku menggunakan kemahiran untuk membaca maps dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling aku.) Cost pengangkutan Subway dan Bus ini aku akan cerita kemudian. Otak pun dah tepu sebab hampir 5 bulan berlalu.. Kena tgk semula catatan aku d Seoul. Kalau ada la!! 


WAJIB ada maps ini k.. Supaya kau tidak sesat d Subway!! Hahaha

4. Makanan/Minuman
- Semestinya untuk semua traveller pasti akan banyak spend money untuk makanan d sana. Aku memang jenis suka mencuba makanan baru. Dah ada di negara orang, try la makan makanan tradisional diaorg k, tak rugi tau.. Aku rindu Kimchi!!!!!!!!!!!!!!

5. Sourvenir dan lain2 perkara
- Akan aku cerita kemudian. Padahal aku dah lupa.. Aigoooo..

Day 1 (Kuala Lumpur - Seoul, South Korea)

Seperti biasa, aku ke KLIA 2.. Tidak payah cerita banyak sebab semua akan melalui proses yang sama. Cuma aku spend time di Airport almost 8 hours. Mental juga la aku di Airport tapi disebabkan flight aku jam 8.00am, terpaksa la juga bertolak awal. Mereput aku di Starbucks KLIA 2 tau!

Bila bosan di Starbucks, maka kerja aku berselfie je la! krik3

Oh ya, sebelum aku masuk flight dapat la juga berkenalan dengan kawan Korea. Nama dia Apollon (nama bukan main lagi kan) from Busan. Banyak la kami borak sama. Aku tanya itu ini, harap dia tak menyampah la.. Hope to meet u someday in Busan Chingu (maksudnya kawan).


My new friend (Apollon) from Busan. 

Bye2 Malaysia, Welcome to Seoul, South Korea.. 

Selepas hampir 6 jam 30 minit perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Seoul, akhirnya aku selamat mendarat di Incheon International Airport. Korg tau tak cm mna seksanya kalau duduk lama dalam flight.. Rasa bontot cm kebas jak! Hahahahaha.. 

Dipendekkan cerita, aku pun pergilah cari maps dan tanya direction cm mna aku mau pergi train station. Plan asal aku mau beli sim card d Airport tapi akhirnya aku buat keputusan untuk sewa Wifi bagi memudahkan aku meng-update perjalanan aku (WAJIB K!). Paling penting jangan lupa beli T-Money - macam touch & go la di Malaysia (10,000 Won = 4,000 Won card + top up 6,000 Won)


Masa aku balik di Malaysia, kita boleh ambil baki duit tu, tapi aku lak mau simpan sebagai kenangan..

Bermulalah solo travel aku ke destinasi pertama iaitu Myeongil. Kenapa Myeongil?? Sebab aku akan stay dengan host family selama 3 hari 2 malam di sana. Aku menggunakan website https://www.couchsurfing.com/ untuk mendapatkan host. Ikut luck la, kalau dapat best sebab kita dapat merasa kehidupan orang korea, culture dan semestinya makanan korea (terus mengidam kimchi lak). Kalau tak dapat, ber-huhuhu la! 


Jom tengok maps train, kena alert supaya tidak terlepas station penukaran!

Sekitar kawasan perjalanan dari Incheon ke Seoul

Incheon International Airport - tukar train di Gongdeok line 5. REMEMBER - Ada 2 laluan di line 5 ini iaitu ke Sangil-dong dan Macheon. Jadi untuk sampai di Myeongil, dia ada d laluan Sangil-dong. Senang jak la naik train d sana, kalau kau boleh naik train dengan jayanya di Malaysia, kiranya kau akan berjaya juga d Subway Korea ini. Hahahhahaha..

Akhirnya sampai di Myeongil Station selepas hampir 2 jam aku travel dengan train. Sekali aku keluar dari station jak, terus aku mengigil sebab suhu malam tu dalam 1 - 3 celcius. Bapak!! Memang sejuk!!!! Waiting my host family datang ambil di Myeongil Station. Teruja, nervous dan excited sebab 1st time aku travel sendiri dan stay dengan host family.

Ini yang accept request aku di Coachsurfing - His name is Kwang Woong

This is his family - His mum and brother.. I miss them so much

































                                  Kwang Woong seorang sangat peramah sebenarnya. Sepanjang perjalanan kami ke rumah dia, dia banyak cerita pasal Korea. Aku lak sambil berborak, sambil mengigil sebab memang cuaca sangat sejuk. Mak aii, masa itu la rasa nak cari Nescafe panas. Kami berjalan kaki dalam 1km untuk sampai di rumah dia. Tiada yang special sebab dah malam kan, melainkan cuaca yang sejuk jak aku rasa malam tu. 


Ini bilik aku sepanjang 3 hari 2 malam di Myeongil. Sangat selesa k! 

Paling best ialah aku dinner sekali dengan Kwang Woong dan adik dia. Biarpun English kami hancur tapi komunikasi 2 hala kami sangat berkesan! Hahahhahaha.. Dinner kami - rice, beef & kimchi.. Korea style sgt, paling penting d negara orang, jaga perlakuan k supaya tidak memalukan diri sendiri! 

Jumlah Perbelanjaan Hari Pertama

T-Money = RM 38.00 (10,000 Won)
Cafe Latte = RM 4.60 (1,200 Won)
Mineral Water = RM 4.60 (1,200 Won)
Bread = RM 5.70 (1,500 Won)

Total Day 1 = RM 52.90

Jadi, beginilah cerita 1st day aku dari Kuala Lumpur ke Seoul, Korea. Nanti korg tgu la Aku Di Seoul, South Korea Part 2 k.. Muahhhhh ckit!! Bersambung.....