Follow

Aku Kaki Travel - Backpacker itu style aku!!

Sunday, 13 November 2016

AKU DI BALI, INDONESIA PART 4

Finally this is my last part for Vun Kaki Travel Episode 1 to Bali, Indonesia. Wow! Need almost 2 months to completed all the stories. Hope all of you understand why I'm take time for this because I'm working person. Only I got time I will update my blog. (Kakakkakakaka.. Aku speaking bah ini!!! - Broken English!!). Jom sambung buat karangan dengan part terakhir mengenai travel aku serta perbelanjaan keseluruhan. Baca tau! Jangan tak baca lak! 

DAY 4
DAYA TASIK WISATA ULUN DANU BERATAN - TANAH LOT - KUTA BEACH

Tak sangka masa berlalu dengan cepat dan hari ini last day sudah di Bali. Planning untuk hari terakhir ini ialah pergi di Ulun Danu Beratan, pastu akan pergi Tanah Lot then last sekali akan singgah kejap di Kuta Beach. Seperti biasa, bangun awal, bersiap dan breakfast (rutin harian setiap hari). Then kami akan tunggu Mas Rubby ambil kami di Okid House. Hari ini kami bertolak lebih awal berbanding dengan hari sebelumnya sebab perjalanan ke Ulun Danu Beratan ini boleh dalam 2 jam sehingga 3 jam perjalanan. Memang siap beli bekalan makanan sebab aku ini jenis cepat lapar. Better prepare a lot of food. Like usual, I will sleep sepanjang perjalanan. Rugi2!!



DAYA TASIK WISATA ULUN DANU BERATAN

Finally we arrived dengan selamat. Sepanjang perjalanan ke tempat ini, syam (travel partner) kata ala2 di Cameroon Highland, aku pun angguk2 je sebab tak pernah p Cameroon Highland! Nampak tak? Dalam Malaysia pun aku tak sempat lagi travel semua tempat! Baik korg jangan tanya di Malaysia mana yg best untuk lepak! Aku akan cakap di KLCC!! Hahhahahaha.. 

Welcome to Ulun Danu Vun! 

Sampai jak disini, kami terus p kaunter ticket! Aku cuba nak menyamar jadi penduduk Indonesia untuk dapat harga tiket local, sekali sampai di kaunter terus aku terkeluar slang Bahasa Malaysia baku aku! Hahahhahahaa.. Takut juga nak menipu, nanti dia tanya ko asal mana? Tak kan nak cakap aku dari Malang, Surabaya lak kan.. Sekali dia cakap jawa mampus aku! Jadi bayar la harga tiket foreigner 50,000 Rupiah = RM 16.00.


Tempat ini mempunyai tasik semula jadi yang menjadi tarikan semua pelancong serata dunia. Selain itu, dalam ini juga terdapat temple, aktiviti riadah dan lain2.. Aku rasa tak payah la aku cerita panjang lebar. Tengok gambar jak la k! Malas nak taip panjang2..


Cantik kan tasik dia? Rasanya berapa luas tasik ini?

Wajib bergambar! Bukan sllu datang sini! Haha


Kalau tak silap itu temple tau! Kalau tak silap la.. Krik3


Nampak tak duit 50,000 Rupiah backgroud ialah Ulun Danu

Syam! Cuba senyum ckit! Muka tahan panas!

























Baiklah, dah selesai keliling kawasan ini, jom kita p destinasi seterusnya Tanah Lot! 

TANAH LOT

Perjalanan ke Tanah Lot ini mengambil masa yang lama juga dalam sejam lebih. Tapi memang aku tak kisah pun jarak antara lokasi yang kami nak pergi sebab confirm aku akan tidur! Hahhahahaha.. Nak tau kenapa kawasan ini dipanggil Tanah Lot, korg baca ni
https://en.wikipedia.org/wiki/Tanah_Lot.. Jangan malas! Membaca itu baik untuk pengetahuan anda mengenai dunia luar! Hehehehehe..

Welcome to Tanah Lot

Masuk ke kawasan Tanah Lot ini kena bayar k! Harga ticket ialah 60,000 Rupiah = RM 19.50. Masuk je tempat ini memang aku cm sakai sebab sangat cantik kawasan ini. Serious sangat cantik! Aku memang teruja + terpegun + terpesona dengan keindahan kawasan ini.

Atas tebing Tanah Lot! Rasa nak terjun je masuk laut! 
Sebenarnya masa kami berada di Tanah Lot, air tengah pasang yang menyebabkan kami tidak dapat ke temple di Tanah Lot. Kawasan pejalan kaki ditutup untuk semua pengunjung! Ber-huhuhu la sebab tak bernasib baik! Hahhahaha..

Temple belakang itu yang aku maksudkan, mampu selfie je.. Hahahaha
Rugi tak le p tempat itu! 


Bergaya itu penting! Bebaskan! Bebaskan! 

Dah selesai bergambar, berselfie bagai, masa untuk shopping sourvenir lak di Tanah Lot. Tak shopping sangat pun, hanya tengok kawasan sekitar Tanah Lot. Sebenarnya di Bali ini famous tau sourvenir ini.. Jap eh, aku nak upload ni!! Hahhahahaha.. 

Sourvenir paling special dari Bali. Pelbagai saiz dan warna! Hahhahaha

Sourvenir Shop - Tanah Lot

Harga boleh tahan! Boleh bawa berunding
Selesai berjalan, bershopping & bercuci mata, masa untuk kami gerak balik ke Kuta! Bye2 Tanah Lot! Gonna miss this place! Serious tempat ini memang terbaik! Sampai ketemu lagi ya Tanah Lot!!


KUTA BEACH

Our last destination is Kuta Beach! Ini melengkapkan jadual kami sebab nak tengok kemeriah di Kuta Beach ini. Semasa perjalanan ke Kuta Beach dari Tanah Lot, akhirnya travel partner aku tertidur dalam keta, dengan kesempatan ini aku mengambil gambar tidur dia! Sorry Syam! 

Akhirnya anda tewas Syam! 1, 2, 3.. Smile
Kuta Beach ini tak jauh pun dari tempat tinggal kami di Legian. Biasanya waktu tengahari cmtu meriah la, tapi waktu kami sampai dah tak meriah sangat sebab dah nak malam! Apa boleh buat kan.. Sempatlah jalan2 sekitar Kuta Beach dan mengambil gambar! Kalau aku, aku lebih prefer di Pendawan Beach sebab pantai sana awesome.. Pergi sana tau!

Kuta Beach

Pelancong yang masih berada di Kuta Beach

Hi Bro, can u take my picture? Sure, no problem! Mat saleh tengah mabuk

Akhirnya perjalanan kami selama 4 hari 3 malam tengah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pelbagai kenangan manis yang tidak mungkin saya akan lupakan. Selesai sudah coretan kisah Vun Kaki Travel Episode 1 di Bali, Indonesia. 

Perbelanjaan hari ke-4

Ulun Danu = RM 16.00
Tanah Lot = RM 19.50
Lunch = RM 14.00
Toilet = RM 2.00
Sourvenir = RM 16.00
Dinner = RM 13.00
Mineral Water/Roti = RM 9.50
Belanja lain = RM 10.90
Total DAY 4 = RM 100.90

PERBELANJAAN KESELURUHAN DI BALI

Flight ticket = RM 445.00
Penginapan = RM 76.00
Pengangkutan = RM 179.00
Day 1 = RM 103.40
Day 2 = RM 227.00
Day 3 = RM 145.70
Day 4 = RM 100.90

JUMLAH PERBELANJAAN = RM 1,277.00

Terima kasih atas kesudian anda semua baca coretan aku di Bali. Kalau ada yang tak faham boleh tanya aku di y.kenvun@gmail.com or follow my IG haikal.vun_official

Jumpa anda semua di Vun Kaki Travel Episode 2 di Seoul, South Korea Part 1 (Preparation)

No comments:

Post a Comment