Aku Kaki Travel - Backpacker itu style aku!!

Thursday 10 November 2016

AKU DI BALI, INDONESIA PART 3

Welcome back Vun!! Part 1 dan part 2 dah settle pun, sekarang kita masuk fasa baru lak.. Part 3!! Sebelum aku merepek panjang, aku ingin mengucapkan terima kasih atas feedback anda sebagai pembaca. Aku akan cuba memperbaiki cara penulisan dan lain2 aspek seperti komen daripada korg semua.. Sayang korg ketat2.. Thank again ya.. Let's start my story for the next day in Bali!! Ter-speaking lak! sorry2!! Hahahhahaha..

DAY 3
Sari Wisata Budaya - Sari Amerta Batik - Kintamani, Gunung Batur - Trisna Bali Agrotourism - Tegalalang <Padi Bukit>

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi!! Hahhhahahaa.. Hari ini memulakan aktiviti dengan senyuman dan semangat sebab nak explore Bali hari ke-3. Mengikut jadual dan perancangan hari ini, sebelah pagi kami akan fokus mengenai Bali culture iaitu dari segi tarian, alat muzik, persembahan teater, ukiran, seni lukis dan sebagainya. Orang kata kalau pergi sesebuah negara, kita kena tau juga serba sedikit mengenai kebudayaannya.. Apa yang berlaku pada ketika itu? Teruskan membaca blog ini. 

Sebelum kami memulakan misi meneroka Bali, jom kita breakfast dlu di Okid House, sebenarnya hari ini baru aku tau tempat tinggal ini ada menyediakan Breakfast! Hahahahahha.. Nampak tak aku tak pernah tanya langsung!!

Roti Bakar
Roti Telur + Tomato

SARI WISATA BUDAYA

Mas Rubby memang seorang yang menepati masa, kata jam 8 pagi akan sampai, 8 pagi itu mmg dah ada didepan penginapan, kami pun jenis on time juga sebab kami tak suka lambat!! cewahhhh.. Baik tak kami.. Krik3.. Selesai ja breakfast, kami pun memulakan perjalanan ke destinasi pertama iaitu Sari Wisata Budaya. Pak supir ada menceritakan serba sedikit mengenai persembahan yg bakal kami saksikan nanti iaitu Barong dan Kris Dance. Aku malas nak cerita panjang mengenai tarian dan jalan cerita persembahan ini, jadi aku bagi link ini supaya anda faham mengenai jalan cerita persembahan ini. Barong and Kris Dance, Bali Indonesia  Baca tau!! Jangan malas.


Aku pun tak pasti apa nama dia.. Korg baca link diatas

Perjalanan dari Legian ke destinasi tak jauh pun, tapi kalau dah tersekat dalam jem memang lama nak sampailah.. Always jem! Jangan hairan k. Sampai je destinasi yang dituju, kami terus ke kaunter ticket sebab persembahan dah nak mula. Harga tiket ialah 100,000 Rupiah = RM 32.00. Sebenarnya ini adalah pilihan anda samada korg nak tengok ataupun tidak. Aku dan travel partner bayar je sebab rugi kalau tak tengok persembahan kebudayaan Bali. Jangan kedekut yer! Overall, persembahan yang cukup mantap diiringi dengan alunan muzik daripada alat muzik tradisional Bali. Awesome! 

Kumpulan Muzik yang awesome! 

Part ini aku tertarik dengan makhluk ala2 monyet tu..

Rasanya ini cm puteri & dayangnya.. Okey, aku tak tau! lupa

Awak, kita nak bergambar sat! 1, 2, 3.. Senyum! Krik3


SARI AMERTA BATIK COLLECTION

Dah selesai tengok persembahan teater terus kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Sari Amerta Batik Collection. Tempat ini terletak di Batu Bulan, Gianyar, Bali dalam 30 minit dari destinasi pertama. Dah nama pun kedai batik kan, memang tempat ini sesuai untuk mereka yang memang nak pilih kain Batik khas dari Bali. Semua jenis kraftangan juga ada dijual. Cuma harga barangan yang dijual agak mahal, maybe sebab Batik asli Bali la kot. Kalau korg ada budget, boleh la borong kain batik kalau dapat ke Bali. Aku lak bukan jenis kaki shopping, sekadar memenuhi syarat je, aku p la tengok orang buat tenunan, seni lukis d atas kain yang ditenun itu dan pusing2 dalam kedai kraftangan. 



Feeling2 menghayati hasil karya seni lukisan dalam itu, tapi aku tengok lukisan dia je, seni itu aku tak dapat hayati! Hahahhahaha.. Aku takda link pasal Sari Amerta ini, kalau rajin nanti boleh tanya Mr. Google untuk maklumat seterusnya. Mampu share picture jak.. Jangan marah tau!! Oh ya, tiada cost dikenakan disini melainkan anda shopping sakan.. 


Cara nak corakkan batik

Benda ini aku pernah nampak di Chiang Mai & Luang Prabang, Laos

Yang cm kuali tu lilin tau! Lilin yang cair

KINTAMANI - GUNUNG BATUR


Selesai ronda2 dan tengok hasil seni dan kraftangan semua, our next destination is Kintamani - Gunung Batur. Perjalanan agak jauh dan sesuai untuk beristirehat di kereta (SERIOUS JANGAN IKUT PERANGAI AKU, RUGI!!). Perjalanan kesana memakan masa 1 Jam 30 minit. Itu ikut maps la, tapi rasanya lebih sejam setengah kot. Jom tidur!! ZzzZzzz..


Akhirnya dah sampai di Kintamani, pemandangan ini diambil dari Batur Sari Restaurant - Inilah Gunung Batur.

Perkara pertama aku buat setibanya di Kintamani ini ialah cari makanan sebab dah terlambat utk lunch!! Kami pun singgah di Batur Sari Restaurant. Makanan boleh di-order secara berasingan ataupun buffet. Buffet 135,000 Rupiah = RM 43.00. Berbaloi bayar harga ini sebab boleh makan sampai muntah. Aku rasa duit mmg banyak dibelanjakan untuk makan! makan dan makan! Hahahhahaha..




Jemput makan kawan2.. Yummy!!
Sambil makan, sambil tengok pemandangan indah sekitar Gunung Batur. Dengan udara yang segar, nyaman lagi sejuk.. Perggghhhh! Terbaik kot! Sebelum terlupa nak masuk sini kena bayar 15,000 Rupiah. Jadi bahagi 2 seorang 7,500 Rupiah = RM 2.50. 


Nampak tak? Orang duduk sambil melihat pemandangan.. Serious sungguh mempersona dengan keindahan alam disana.

Sekitar Kintamani

Selfie dulu.. 

Mas Ruby, kok hidung kamu gitu sih?? Hahaha

TRISNA BALI AGROTOURISM

Selesai makan, tengok pemandangan dan ber-gosip-ing, jom gerak ke kebun coffee di Bali (Trisna Bali Agrotourism). Perjalanan ini memakan masa lebih kurang dalam 30 - 45 minit. Kami pun tanyalah pak supir kami apa keistimewaan tempat ini sebab di Tenom, Sabah pun ada jak kopi.. Kopi Tenom famous kot! Cerita punya cerita, korg tau tak ada sejenis coffee adalah daripada tahi musang! Seriously?? They call it Luwak Coffee!! (Aku dengar pun dah tak jadi nak minum coffee ini)


Musang tengah tidur.. Hi awak! nak berkenalan boleh??

Hah, tu tahi musang. Lepas dah diasingkan nama dia Luwak Coffee.. Sedap!!

Sampai jak tempat ini kami disambut dengan pekerja sana. Dia pun bawalah kami masuk kebun coffee dan explain bla bla bla.. (sama jak kebun kopi di kampung aku!) Hahahhahaha.. Kejap jak kami ronda tempat ini sebab tak luas pun.. Dalam kebun coffee ini ada cafe, tujuannya bagi pengunjung merasa keunikan coffee disini tapi dengan bayaran 50,000 Rupiah = RM 16.00.. Kesimpulannya, aku tidak merasa Luwak Coffee ini sebab tak sanggup! Hahahahhaha..



Berbaloi tak bayar RM 16.00 ini? Aku tak kuar duit sbb travel partner belanja..
Kami tidak lama disini sebab ada lagi 1 destinasi yang kami kena pergi. Bye2 Luwak Coffee!! Aku tak akan merindui coffee ini! Hahahahaa.. Boleh baca serba sedikit mengenai Luwak Coffee ini https://en.wikipedia.org/wiki/Kopi_Luwak


TEGALALANG RICE TERRACE

Tegalalang Rice Terrace ini terletak di perkampungan Tegalalang yang terletak di utara Ubud Bali. Tempat ini merupakan kawasan penanaman padi bukit. Kawasan ini menjadi tumpuan pelancong disebabkan keindahan padi bukit. Aku pun terpesona jg tgk kehijauan padi bukit ini. Sebaik jak kami sampai disini, kena bayar ticket masuk ke kawasan ini sebanyak 10,000 Rupiah = RM 3.20.


Pemandangan sekitar Tegalalang
Sebenarnya kalau korg rajin boleh jak jalan sekitar sawah pagi bukit ini, aku memang nak jalan sekitar kawasan ini tapi nasib tidak menyebelahi aku sebab termasuk dalam lumpur sawah pagi. Nak short cut punya pasal kan. Bukan aku jak masuk lumpur, sekali denga travel partner aku join sekali. Yang ini lawak! Hahahaha.. Hasrat nak keliling kawasan sawah bukit ini tidak kesampaian sbb berlumpur!


Syam gigih nak turun! Ini sebelum kejadian lumpur!

Mesti Mat Saleh tengah gosip pasal aku kan! <Perasan>

Hanya mampu ambil gambar je

Kami terpaksa balik awal ke penginapan sebab cuaca masa ini mendung dan hujan turun. Overall tempat ini best untuk dikunjungi. Namun, yang tak bestnya apabila hujan turun. Jadi aktiviti disini akan jadi sangat terbatas. Hanya boleh singgah di kedai makan dan kedai Sourvenir kalau hujan turun. 

Jom balik! Hari pun dah nak gelap! Oh ya, lupa bgtau jam 6.00 petang cmtu dah gelap! Cm di Sabah lak aku rasa kan! Rindu2!! Bye2 Tegalalang!! Muahhhh!!

Perbelanjaan hari ke-3

Sari Wisata Budaya - RM 32.00
Kintamani - RM 2.50
Lunch Batur Restaurant (Buffet) - RM 43.00
Tegalalang - RM 3.20
Dinner - 34,000 Rupiah - RM 11.00
Mineral Water / Roti - 28,000 Rupiah = RM 9.00
Sourvenir - 140,000 Rupiah = RM 45.00
TOTAL DAY 3 = RM 145.70

No comments:

Post a Comment