Aku Kaki Travel - Backpacker itu style aku!!

Monday 17 October 2016

AKU DI BALI, INDONESIA PART 1

Salam semua!!!


Akhirnya aku berjaya melaksanakan Misi Vun Kaki Travel (VKT) Episode 1 ke Bali, Indonesia. Aku dah lama menyimpan impian nak travel secara backpacker mengelilingi dunia. Tak salah kalau berangan, janji kita berusaha k!! Jadi, JOM BACA PENGALAMAN AKU TRAVEL DI BALI, INDONESIA.

Baru nak belajar main blog, kalau rasa macam tak menarik, aku minta maaf tau. Maklumlah, baru nak berjinak dalam blog ini. Macam SAKAI kan! Lantaklah! Janji aku puas hati.. Hehehehe..

Pantai Pandawa, Bali Indonesia
Sebab UTAMA aku memilih Bali, Indonesia untuk dijadikan destinasi pertama backpacker aku kerana ia dekat dengan Malaysia dan faktor kedua ialah lebih murah berbanding dengan negara lain. Dalam blog kali ini, aku akan menceritakan perjalanan awal dari Malaysia hinggalah aku berada di Bali, Indonesia, tempat aku pergi serta perbelanjaan sepanjang aku berada disana. 

Perancangan ke Bali dibuat 2 bulan lebih awal.. Nampak tak aku memang dah plan cuti awal2 supaya officemates tidak caras tarikh cuti aku! Finally aku dah set masa aku p Bali iaitu pada 5 October 2016 - 9 October 2016. Apa lagi, aku pun check la Air Asia, Malindo & Malaysia Airlines bandingkan harga return flight. Okey, masa ini hanya Air Asia je murah, sesuailah la dengan slogan Air Asia - Everyone Can Fly!! Hahhahahaha.. Harga ticket aku dapat pergi balik ialah RM 445.00 (Sebenarnya boleh dapat murah lagi kalau kena dengan promo Air Asia). LUPA NAK BAGITAU, UNTUK 1ST TRAVEL INI, AKU PERGI BALI DENGAN BFF (HISYAM A.K.A CHARM). Jadi ada cost yang kami share berdua.

PENGINAPAN disana lak aku book melalui www.booking.com. Dah nama backpacker kan, aku pun book la penginapan murah disana, nama tempat tinggal kami ialah OKID HOUSE - 5 hari 4 malam - 480,000 Rupiah bersamaan RM 152.00, kongsi berdua seorang RM 76.00 (Murah tak???) - Bilik kami guna kipas je.. Tujuan nak rehatkan diri je pada waktu malam, kalau pagi memang di luar je la.. Oh ya, pertukaran mata wang ini aku kira RM 1 = 3150 Rupiah

Next aku nak cerita lak PENGANGKUTAN disana - terbahagi kepada 3 jenis pengangkutan.


Pertama - email/call company yang provide kereta tourist, booking dan bagi itinerary korg, tapi biasanya diaorg dah ada jadual khas untuk kita, follow je jadual mereka sebab memang mereka akan pergi tempat yang kita nak lawati. Boleh guna 12 jam, tidak berkongsi dengan penumpang lain, bayaran termasuk supir, tol & minyak perjalanan. 
Cost - 350,000 Rupiah = RM 113.00 (Seorang dalam RM 56.50)

Ini email company yg handle tour kami di Bali ytobalitour@gmail.com 

Kedua - Walk in. maksudnya direct je kaunter yang ada perkhidmatan kenderaan ke lokasi pelancongan. Kena pandai la cari disana sebab berlambak kaunter perkhidmatan ini di sekitar Legian & Kuta. Pelbagai harga, pelbagai perkhidmatan. Boleh tawar menawar. Kekurangan - diaorg hanya menawarkan khidmat ke kawasan tertentu saja, maksudnya dia tak akan singgah tempat lain, kalau nasib korg dapat driver yang okey, best la!! Kalau tak memang akan ke destinasi yang dituju tu je la.. Kelebihan - of course boleh kenal pelancong yg lain.
Cost - 150,000 Rupiah to 250,000 Rupiah = RM 48.00 - RM 80.00 per person

Ketiga - Sewa motosikal. Kalau aku travel sendiri aku akan guna cara ini. Sebab guna motor keliling Bali pasti memberi 1 pengalaman yang korg tak akan lupakan. Malangnya aku tak boleh guna cara ini sebagai travel partner aku tak yakin kebolehan aku untuk membawa penumpang serta mencari lokasi. Kelemahan - kena berdepan dengan risiko motor rosak, mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke lokasi (sebab sesat jalan) dan keselamatan diri (terlibat dengan kemalangan).
Cost - 60,000 Rupiah - 80,000 Rupiah = RM 20.00 - RM 25.00 per motor 

Kesimpulannya, aku memilih jenis pengangkutan pertama setelah pelbagai faktor diambil kira. Kami sewa 3 hari utk semua destinasi pelancongan yang famous di Bali. Janji cost pengangkutan kami share berdua. Lupa nak bagitau, kami ambil terus pakej untuk ambil & hantar ke Denpasar Ngurah Rai International Airport.
Cost - 80,000 Rupiah per trip x 2 = 160,000 Rupiah / 2 = Seorang 80,000 Rupiah = RM 26.00

Jumlah perbelanjaan untuk Cost Pengangkutan
Pakej 3 hari - 950,000 Rupiah = RM 305.00 / 2 = RM 153.00
Airport - 160,000 Rupiah = RM 52.00 / 2 = RM 26.00

Jumlah cost pengangkutan = RM 179.00

Preparation sebelum ke Bali, Indonesia dah settled.. Tinggal nak pergi je.. Jom ke Bali, Indonesia!!! Bersambung Part 2

No comments:

Post a Comment